Thursday, May 16, 2013

hari same......

hari ini hari jadi mak ngah sama ngan hari guru.sambutan hari guru di sekolah sungguh meriah.

Wednesday, December 31, 2008

Hari Konsert Montessori Putra Perdana

Tanggal 24 Nov 2008, saya telah mengambil bahagian dalam Annual Concert PPICDC Montessori, Putra Perdana. Berikut adalah gambar kenangan yg dirakamkan oleh daddy saya:


Kawan sebaya saya sedang beraksi




Peserta berumur 2 hingga 4 tahun sedang menyanyikan lagu Ummi. Comel sangat...


Stage utama.



bersama bonda tersayang


Posing maut untuk modelling agency, daddy kata.



Daddy kata, nanti daddy upload video. So, tunggu aje la yek.
Bye for now.

Tuesday, November 25, 2008

Bercuti di Tiara Beach Resort, Port Dickson

Pada 8 November 2008 (sabtu) yang lalu, saya, keluarga saya dan disertai oleh nanny, busu rinie, pak ngah, mak ngah dan airin, telah bercuti di Tiara Beach Resort, Port Dickson.

Menurut daddy, umi abg izhar telah mendapat "rate" yg murah pada hari tersebut kerana ianya bersempena dengan hari Konvokesyen abg Izhar yg di adakan di dewan resort tersebut.

Berikut adalah gambar semasa kami di sana:

bersama adik, Nur Farah Airin


sejurus check-in, deretan kereta Mitsubishi Lancer GT memberikan pemandangan indah kepada kami


sedang tekun mendengar celoteh Clown dan selepas itu kami dihiburkan dengan pertunjukan silapmata


sebelum itu kami di "paksa" untuk bersenamrobik



sedang menunggu giliran untuk menaiki giant hyppo




aunty qa sedang berposing, perasan ayu sebelum kami pulang ke Puchong.




penattt.... dari pukul 9 pagi sampai pukul 11.30 pagi main dalam kolam



Setelah puas mandi manda, kami pun pulang ke rumah. Sekalung terima kasih kepada Umi abg Izhar kerana telah tolong kami untuk mendapatkan apartment ini.
Sekian.

Wednesday, August 13, 2008

Mari Melawat Kuala Selangor - Part 3 Final

Setelah puas tengok kunang-kunang, kami pun pergi ke agenda ke 3, iaitu.... Makannn. Kami telah mendengar tentang kehebatan Medan ikan bakar Jeram ni sejak lama dulu, cuma masa tiada untuk merasa sendiri kehebatannya. Kalau kita dari pekan Kuala Selangor menuju Klang, akan terjumpa sebuah petrol station Shell, betul2 selepas Shell ada traffic light. Ikut kanan (ke Pantai Jeram). Perut yg memang sengaja di laparkan sejak dari tengahari lagi sudah tidak tertahan rasanya. Mari kita tengok gambar sekitar Medan Ikan Bakar Jeram ni.

Menurut tuan punya Medan ini (satu operator shj), kedai beliau baru shj di besarkan dan kerja2 pembinaan ada yg masih belum siap lagi kerana kenaikan harga barang.

Muka/perut yg meminta simpati kerana kelaparan...

Sama le tu, lapauu


Bila le nak sampai ikan bakar aku ni...




yahhh.... hidangan pertama... Udang size XL...




Pari "setebangg"





kesian harish... tak tahan lapar le tu. dia makan sorang je semua udang tu.... isk







ketam 3 ekor






sotong gajah 5 ekor









dannn..... kerapu stim setengah kilo.








berrpppp..... alhamdulillah, tak sampai 2 minit, semua hidangan telah hilang ditelan perut.
Ketika kami sedang makan, tokey medan ikan bakar ni datang dan bercerita tentang sejarah restorannya. kami pun tanya le tentang pakej memancing. menurut beliau, caj yg dikenakan ialah rm20.00 satu org untuk menghantar dan mengambil pemancing ke/dari pulau2 berdekatan. So, kami akan datang lagi untuk memancing pulak.... InsyaAllah.










Selamat Tinggal Ikan Bakar, Selamat Tinggal Kuala Selangor.
Finish.











Mari Melawat Kuala Selangor - Part 3 ( Last )





Tuesday, August 12, 2008

Mari Melawat Kuala Selangor - Part 2

Setelah penat bermesra dengan si monyet di Bukit Malawati, kami pun meneruskan program melawat Kuala Selangor.
Sekitar 6.30 PM, kami sampai di Kg Kuantan, untuk melihat kelip-kelip. Memandangkan masih awal, kami mengambil keputusan untuk berehat sambil menikmati pemandangan sungai selangor ( ye ke sungai selangor??).


Sungai yg apabila malam akan menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara

Tiket untuk menaiki sampan: satu org RM 10.00, tapi kene beli untuk satu bot, iaitu 4 org. RM 40 beb....
Untuk pengetahuan, kaunter tiket dibuka dari 7.45 mlm dan sampan akan mula beroperasi pukul 8 mlm hingga 12.00tgh mlm. Seeloknya datang awal.


kerana anak, terpaksa ku beli walaupun harganya RM 5.00.

kalau nak tau, life jacket tu, kalu rendam dlm sungai, nescaya semua ikan, anak ikan, atok ikan, hatta moyang ikan sekalipun akan bunuh diri. Baunya..... ghauu ghauu...


Inilah sebabnya kene datang awal. makin malam makin ramai manusia.



Kelip-kelip ni duk kat pokok berembang, kerana mereka suka makan pucuk daun pokok berembang tu.
Program melihat keindahan makhluk Allah berakhir kira-kira pukul 8.30 mlm. Ada juga cuba ambil gambar kunang2 tu, tapi yg nampak hanyalah malam gelita.
Untuk pengetahuan, post yg ni adalah hasil idea dan ditulis oleh DaDDy Harish Haikal.
Ini adalah kerana si tuan punya telah menaip secara merapu.
Tunggu Part 3.


Monday, August 11, 2008

Mari Melawat Kuala Selangor - Part 1

Pada hari Sabtu (9 Ogos 2008) yg lepas, saya bersama Daddy, Bonda, Mak Ngah dan Pak Ngah telah pergi melawat Kuala Selangor. Kami bertolak dari rumah di Putra Perdana, Puchong, lebih kurang pukul 3.00 ptg. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam.


Destinasi pertama kami ialah melawat Bukit Melawati. Bukan Bukit Melawati kat Tmn Permata tu ye. Ini Bukit Melawati di Kuala Selangor.


Lepas meletak kereta, daddy beli tiket untuk naik trem. Tiket berharga RM 2.00 untuk dewasa dan RM 1.00 untuk kanak kanak macam saya.




Tiket dewasa Rm 2.00.




Tiket kanak kanak yg berharga RM1.00.




Trem yg terdapat di Bukit Melawati. Untuk pengetahuan, pada tiap2 hari sabtu, ahad dan kelepasan am, jalan yg menghala ke atas bukit ditutup. So, pengunjung boleh memilih samada nak naik trem atau berjalan kaki ke atas.



Berikut ialah sebahagian gambar gambar yg sempat kami ambil ketika berada di atas bukit tersebut:



Kelihatan meriam menghala ke Kuala Selangor. Memang strategik sekali pelan pertahanan Selangor dahulukala.




nak bagi si monyet tu makan, tapi takut... anyway, monyet kat sana memang mesra rakyat.



nampak gemuk kan daddy ngan bonda tu.... sebenarnya diorg slim je... camera tak bagus kot...




kalau nak tau, ni la bendera selangor yg mula mula sekali.




berlatarbelakang rumah api di atas bukit. kalau la sultan johor belajar dengan selangor mcmana nak jaga rumah api pada tahun 1900 dulu, tak la pulau batu putih terlepas ke singapura....




kalau nak tau, menatang kat belakang saya tu ialah sejenis alat pemadam api. maju jugak selangor ni ye...


Ok lah... mengantuk pulak. tunggu part 2 pulak yek....


Wassalam.