Pada hari Sabtu (9 Ogos 2008) yg lepas, saya bersama Daddy, Bonda, Mak Ngah dan Pak Ngah telah pergi melawat Kuala Selangor. Kami bertolak dari rumah di Putra Perdana, Puchong, lebih kurang pukul 3.00 ptg. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam.
Destinasi pertama kami ialah melawat Bukit Melawati. Bukan Bukit Melawati kat Tmn Permata tu ye. Ini Bukit Melawati di Kuala Selangor.
Lepas meletak kereta, daddy beli tiket untuk naik trem. Tiket berharga RM 2.00 untuk dewasa dan RM 1.00 untuk kanak kanak macam saya.
Tiket dewasa Rm 2.00.
Tiket kanak kanak yg berharga RM1.00.
Trem yg terdapat di Bukit Melawati. Untuk pengetahuan, pada tiap2 hari sabtu, ahad dan kelepasan am, jalan yg menghala ke atas bukit ditutup. So, pengunjung boleh memilih samada nak naik trem atau berjalan kaki ke atas.
Berikut ialah sebahagian gambar gambar yg sempat kami ambil ketika berada di atas bukit tersebut:
Kelihatan meriam menghala ke Kuala Selangor. Memang strategik sekali pelan pertahanan Selangor dahulukala.
nak bagi si monyet tu makan, tapi takut... anyway, monyet kat sana memang mesra rakyat.
nampak gemuk kan daddy ngan bonda tu.... sebenarnya diorg slim je... camera tak bagus kot...
kalau nak tau, ni la bendera selangor yg mula mula sekali.
berlatarbelakang rumah api di atas bukit. kalau la sultan johor belajar dengan selangor mcmana nak jaga rumah api pada tahun 1900 dulu, tak la pulau batu putih terlepas ke singapura....
kalau nak tau, menatang kat belakang saya tu ialah sejenis alat pemadam api. maju jugak selangor ni ye...
Ok lah... mengantuk pulak. tunggu part 2 pulak yek....
Wassalam.