Monday, August 11, 2008

Mari Melawat Kuala Selangor - Part 1

Pada hari Sabtu (9 Ogos 2008) yg lepas, saya bersama Daddy, Bonda, Mak Ngah dan Pak Ngah telah pergi melawat Kuala Selangor. Kami bertolak dari rumah di Putra Perdana, Puchong, lebih kurang pukul 3.00 ptg. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam.


Destinasi pertama kami ialah melawat Bukit Melawati. Bukan Bukit Melawati kat Tmn Permata tu ye. Ini Bukit Melawati di Kuala Selangor.


Lepas meletak kereta, daddy beli tiket untuk naik trem. Tiket berharga RM 2.00 untuk dewasa dan RM 1.00 untuk kanak kanak macam saya.




Tiket dewasa Rm 2.00.




Tiket kanak kanak yg berharga RM1.00.




Trem yg terdapat di Bukit Melawati. Untuk pengetahuan, pada tiap2 hari sabtu, ahad dan kelepasan am, jalan yg menghala ke atas bukit ditutup. So, pengunjung boleh memilih samada nak naik trem atau berjalan kaki ke atas.



Berikut ialah sebahagian gambar gambar yg sempat kami ambil ketika berada di atas bukit tersebut:



Kelihatan meriam menghala ke Kuala Selangor. Memang strategik sekali pelan pertahanan Selangor dahulukala.




nak bagi si monyet tu makan, tapi takut... anyway, monyet kat sana memang mesra rakyat.



nampak gemuk kan daddy ngan bonda tu.... sebenarnya diorg slim je... camera tak bagus kot...




kalau nak tau, ni la bendera selangor yg mula mula sekali.




berlatarbelakang rumah api di atas bukit. kalau la sultan johor belajar dengan selangor mcmana nak jaga rumah api pada tahun 1900 dulu, tak la pulau batu putih terlepas ke singapura....




kalau nak tau, menatang kat belakang saya tu ialah sejenis alat pemadam api. maju jugak selangor ni ye...


Ok lah... mengantuk pulak. tunggu part 2 pulak yek....


Wassalam.





5 comments:

HR said...

hoho... celik IT... twice brilliant

maarofkassim said...

Ini komen Pak Ngah:
1. Blogger kena taip sendiri. Tak boleh suruh daddy atau mummy buat.
2. Untuk gambar boleh dibesarkan bila diklik jangan 'drag' gambar tu. Leave them as they are. Cuma selitkan text kemudian. Text boleh di 'cut' dan 'paste'.
3. Labels ialah kategori posts. Contohnya 'travel'untuk posts jalan-jalan sahaja. 'Kutuk' untuk posts menghentam orang dsb. Tengok contoh blog Pak Ngah.

maarofkassim said...

Komen lagi:
Bukit di Kuala Selangor tu namanya Bukit Malawati dan bukan Melawati. Tengok ejaan di tiket. Pak Ngah, Mak Ngah dan anak-anak selalu ke Bukit ini dulu untuk melawat bapa saudara Pak Ngah di Tanjung Karang. Sekarang dia sudah meninggal dunia.

Harish Haikal's Journey said...

heheheh....sebenarnya si harish yg tulis semua tu, daddy nya tukang edit, betulkan ejaan dan tokok tambah sikit2 je. anyway, thanks for da comments. sorry for da typo. daddy le yg betulkan ejaan tu. ingatkan harish tulis salah, rupanya daddy dia yg mengong. maklumle org melake.

Double A said...

hai.. saya afiq akmal... org kuala selangor.. tapi tgl di bandar baru bangi... saya pun pelik... sebenarnya Bukit Malawati atau Bukit Melawati... tapi bila tgk di tempat2 lain ejaannya Melawati... mcm Taman Melawati, KL... hurmm...